Terima kasih kerana melayari Laman Serlah Membaca. Selamat datang, selamat mengguna.



Khamis, 28 September 2023

Saya Pandai2 3M : Asyraf semakin pandai membaca.


 Asraf merupakan murid Tahun 6. Namun masih kurang fokus dan masih menghadapi masalah 3M. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan beliau masih tidak menguasai 3M. Anak yang baik, sopan santun. Namun banyak terganggu pelajarannya. Pada awalnya beliau menghadapi masalah kehadiran ke sekolah. Hampir setiap minggu tidak hadir akibat tiada kenderaan untuk ibunya hantar ke sekolah . Sukar untuk guru beri pemulihan kepadanya. 

Setelah dibincangkan bersama, beliau disarankan untuk tinggal di asrama. Maka guru-guru cuba membantu sama ada 3M atau Riadul Quran dengan bacaan Iqra'. Alhamdulillah, kini Asraf semakin bersemangat, mula lancar membaca. Namun yang masih kurang ialah penulisan atau ejaannya. Kami cuba bantu sedaya upaya. 

Asraf juga kini mula aktifkan diri. Antaranya aktif dalam Tarian sekolah, Kelab permainan, unit uniform dan kelab Tanaman di sekolah. Semoga Asraf semakin hebat