Terima kasih kerana melayari Laman Serlah Membaca. Selamat datang, selamat mengguna.



Jumaat, 24 Mac 2017

Aplikasi android untuk belajar membaca

Aplikasi Android terbaik untuk anak-anak. sesuai untuk anak-anak sedang belajar mengenal huruf dan membaca. Sila klik pada gambar di bawah untuk memuat turun aplikasi berkenaan ke dalam telefon android anda. 
Belajar Membaca 1

Belajar Membaca 2

Semoga bermanfaat.

Sabtu, 18 Mac 2017

Program Serlah Membaca di SK Sentosa, Maran

Program yang diberi nama Serlah Membaca ini baru diperkenalkan pada tahun 2015 di SK Sentosa. Idea program ini dicetuskan oleh Guru Pemulihan Khas SK Sentosa, iaitu Puan Wahidah binti Abdul Wahid. Ianya disambut dengan baik apabila Guru Besar baru SK Sentosa, Encik Fuzil bin Nawawi mula berkhidmat di SK Sentosa pada Januari 2016. Guru Besar telah meminta diselaraskan kembali Pemulihan Khas dengan melaksanakan program Serlah Membaca dengan bantuan guru-guru Panitia  Bahasa Melayu. Walaupun Guru pemulihan Khas terlibat sepenuhnya, peranan guru-guru lain terutama Panitia Bahasa Melayu turut terlibat membantu penerapan kaedah Serlah Membaca.

Pada awal perlaksanaannya, kaedah Serlah Membaca ini mendapat respon yang kurang baik daripada guru-guru, namun akhirnya ia memberi kesan yang baik setelah murid yang terlibat pemulihan khas telah berjaya membaca dengan lancar sebelum memasuki Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6). Perkembangan mereka agak cepat daripada biasa.






Rabu, 15 Mac 2017

Suku Kata Bergambar. Awal Membaca


Suku Kata Bergambar


Peranan Kepimpinan Sekolah dalam Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran


Guru Besar dan Guru Pemulihan Khas turut sama berganding bahu membimbing murid
Seperti yang telah dimaklumkan, Guru Besar banyak berperanan dalam memastikan program yang dirancang mencapai matlamat dan objektifnya. Peranan, sokongan dan penglibatan Guru Besar dalam perlaksanaan program Serlah Membaca amat baik dan berkesan.

Kelas Pemulihan Khas Yang Mengamalkan Kaedah Serlah Membaca

Murid membunyikan sukukata tanpa mengeja huruf dalam sukukata terbuka (KVKV)
Kelas Pemulihan Khas di SK Sentosa, Maran merupakan kelas yang menggunakan kaedah Serlah Membaca kepada muridnya. Kaedah ini mampu mempercepatkan kelancaran membaca muridnya yang keciciran dalam penguasaan 3M.

murid bersemangat dan minat

Guru menguji tahap pembacaan murid

Murid bersaing untuk menguasai pembacaan




Latih tubi menyebut sukukata tanpa mengeja huruf, membantu murid lebih faham dan cepat

Isnin, 13 Mac 2017

APLIKASI SERLAH MEMBACA DALAM BACAAN INTENSIF KVKV





Video ini adalah pengajaran dan pembelajaran di Kelas Pemulihan Khas di SK Sentosa, Maran, Pahang. Gurunya Puan Wahidah binti Abd. Wahid menggunakan pelbagai kaedah untuk membantu murid menguasai pembelajaran terutamanya menggunakan kaedah Serlah Membaca.

Abu Ada Ayam - Malay Phonics Song

LANGKAH 1 TERBUKA 2.wmv

LANGKAH 1 SUKU KATA TERBUKA.wmv

Pdp membaca suku kata terbuka kv kv untuk murid PPKI

[ CEPAT PANDAI] BELAJAR MEMBACA SUKU KATA # Konsonan Vokal#

Pemulihan Khas dengan Kaedah Serlah Membaca

Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh KPM semenjak tahun 1960-an lagi untuk membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran, iaitu menguasai kemahiran asas 3M.
Program Pemulihan Khas merupakan satu program pendidikan yang disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, mengira (3M) yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus.” (Jabatan Pendidikan Khas, KPM, 2008).  Pendidikan Pemulihan adalah tindakan ang digunakan untuk memenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak yang menghadapi kesulitan pembelajaran, kanak-kanak pemulihan menghadiri kelas khas dalam sekolah biasa untuk diajar oleh seorang guru pemulihan. 
Murid Pemulihan Khas ialah murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif”. (Jabatan Pendidikan Khas, KPM, 2008 )

Program Serlah Membaca di SK Sentosa, Maran, Pahang.
       
Program pemulihan khas di SK Sentosa banyak membantu sekolah dalam memastikan pelajarnya sifar buta huruf. Masalah membaca dalam kalangan pelajar dapat diselesaikan sebelum mereka memasuki tahap 2. Ini banyak membantu kepada pencapaian dan kualiti pelajar agar bersedia untuk menerima mata pelajaran yang lebih mencabar dan berteraskan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
            Guru Pemulihan Khas iaitu Puan Wahidah binti Abdul Wahid juga seorang yang mempunyai komitmen tinggi bagi membantu sekolah dan pelajar agar menguasai konsep 3M. Beliau sendiri telah berusaha keras menyediakan modul khas ‘Serlah Membaca’.
Dasar SK Sentosa ialah semua murid Tahun 1, sepatutnya dapat menguasai kemahiran bacaan selepas 3 bulan pertama persekolahan. Melalui program pemulihan khas, terdapat 3 program pembantu kepada kejayaan pemulihan khas di SK Sentosa. Program tersebut ialah :
a)      Program ‘Serlah Membaca’
b)      Program Ekspress Pagi
c)      Program Pintar Menulis
Program Serlah Membaca adalah aktiviti bacaan yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran sebagai pengayaan atau pengukuhan.Murid akan membaca bahan bacaan yang dikuasai, bermula aras rendah, sederhana dan aras tinggi. Perkembangan setiap murid akan dicatatkan dalam buku program mengikut bilangan muka surat yang dibaca dan kemahiran yang dikuasai.
Program Eksprss Pagi pula adalah antiviti bacaan yang dijalankan pada hari Selasa dan Khamis. Murid akan dilatih tubi membaca modul Konstruk 1 hingga 12. Murid hanya berpindah ke muka surat seterusnya setelah membaca bahan bacaan mengikut konstruk tersebut sebanyak 5 kali. Setiap konstruk ada 4 atau 5 muka surat, sesuai untuk latih tubi murid. Setiap bacaan diberi 1 bintang, jika 5 kali baca mendapat 5 bintang.
Program Pintar Menulis pula dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran sebagai pengayaan atau pengukuhan.Murid akan menulis perkataan dan ayat yang disebut oleh guru. Murid akan menulis perkataan dan ayat yang disebut. Setelah disemak hasil tulisan tersebut, jika berlaku kesalahan ejaan, pembetulan ejaan akan dilaksanakan. 1 kesalahan ejaan 5 pembetulan. Guru akan catat berapa kesalahan ejaan yang dilakukan bagi sesuatu masa.
Pada pertengahan tahun, guru pemulihan khas akan menerima murid-murid baru bagi Kelas Pemulihan Khas. Mereka dicalonkan masuk ke Kelas Pemulihan Khas melalui guru mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 1, berdasarkan Ujian Literasi LINUS yang dijalankan pada bulan Jun setiap tahun. Ini kerana murid ini gagal membaca dengan lancer, tidak faham apa yang dibaca dan tidak dapat dipulihkan di dalam kelas arus perdana.

Program Serlah Membaca menjadi nadi kepada pemulihan murid-murid ini. Ketidaklancaran bacaan mereka dikenalpasti bahawa murid suka mengeja perkataan sebelum menyebut perkataan. Ini adalah kerana murid seperti ini telah terbiasa dengan kaedah abjad iaitu kaedah yang telah lama diamalkan oleh guru-guru. 
Pendekatan kaedah bacaan sebelum ini dijalankan seperti berikut:
Langkah 1
Memperkenalkan keseluruhan huruf abjad mengikut urutan a hingga z
Langkah 2
Memperkenalkan vokal a,e,I, o, u beserta bunyi bagi setiap vokal tersebut.
Langkah 3
Membina suku kata iaitu menggabungkan huruf konsonan dengan huruf vokal
Ba, bi, bu, be, be, bo
Ca, ci, cu, ce, ce, co
Langkah 4
Menggabungkan sukukata untuk membina perkataan yang mudah-mudah dari dua atau tiga suku kata.
Ba + ju = baju
Pa + su = pasu
Biasanya murid akan membaca dengan mengeja dan membunyikan sukukata sebelum menyebut seluruh perkataan.
Langkah 5
Membaca ayat pendek atau buku teks sering dilakukan secara mengeja.

Murid yang masuk ke Kelas Pemulihan Khas biasanya mengalami keciciran dalam pelajaran akibat ketidaklancaran membaca yang dialami mereka. Akibatnya mereka menjadi malas, tidak berminat untuk membaca dan menyiapkan kerja yang diberikan oleh guru.
Untuk penambahbaikan kaedah pengajaran tersebut, SK Sentosa telah memilih untuk memfokuskan pengajaran melalui kaedah Serlah Membaca. Melalui kaedah ini, murid diajar langkah demi langkah. Pengajaran bermula dengan membunyikan huruf dan menggabungkan huruf menjadi sukukata dan perkataan. Perkataan tersebut disusun pula menjadi ayat-ayat pendek yang membentuk cerita mudah yang menarik perasaan ingin tahu, dan seterusnya menarik minat mereka memahami cerita tersebut.