Terima kasih kerana melayari Laman Serlah Membaca. Selamat datang, selamat mengguna.



Selasa, 15 Ogos 2023

Saya Pandai 3M : Adik Amin


 Amin merupa seorang murid Tahun 5 yang masih kita usahakan bagi mencapai 3M. Beliau merupakan murid baru SKUL yang baru berpindah dari Kedah. 

Setelah dikenalpasti, cikgu pemulihan cuba sedaya upaya untuk membantu. Sememangnya pelajaran beliau terganggu akibat masalah 3M. Namun setelah diberi pemulihan khas dan intervensi, Amin semakin lancar dan aktif 

Intervensi Pembacaan Anak-anak bermasalah 3M

 Pelbagai projek dilaksanakan bagi meningkatkan pencapaian murid dan mengatasi masalah 3M di SKUL. Antaranya ialah Program Ceria Pagi, Bantu Baca dan Mentor Mentee Didapati, sehingga Jun 2023 seramai 19 orang murid menghadapi masalah 3M. Guru pendidikan Khas telah membuat intervensi penyediaan Modul Saya Pandai2 3M. Panitia Bahasa Melayu juga telah merangka Program Bantu Baca dengan pembacaan di perhimpunan dan juga di kelas intervensi dengan dibantu oleh Fasilitator dari murid Tahun 6 dan guru-guru.