Terima kasih kerana melayari Laman Serlah Membaca. Selamat datang, selamat mengguna.



Rabu, 20 Mac 2024

Didi semakin lancar membaca. Terima kasih cikgu Liza


 

Amin semakin lancar membaca


Cikgu Norliza telah memaklumkan kepada Guru Besar bahawa Amin ada perkembangan positif, Semakin rajin dan lancar membaca. Guru Besar juga telah berjumpa dengan ibu dan ayahnya bagi membincangkan peranan dan usaha untuk membantu Amin.

Amin di tempatkan di asrama namun ibu bapanya adalah pekerja sasta di sekolah. Ibunya bektugas sebagai pengawal keselamatan ang menjaga asrama, manakala aahnya tukang kebun sekolah. Ruang ang ada digunakan untuk membantu Amin.





 

Khamis, 8 Februari 2024

Asraf semakin pandai membaca.



Apabila tamat persekolahan 2023, Asraf telah berjaya melepasi saringan dan ujian bacaan. Cikgu Liza berjaa membantu Asraf untuk boleh membaca. Tahniah. Apa yang Cikgu norliza gunakan untuk mengajar dan program bacaannya berjaya.







 

Khamis, 28 September 2023

Saya Pandai2 3M : Asyraf semakin pandai membaca.


 Asraf merupakan murid Tahun 6. Namun masih kurang fokus dan masih menghadapi masalah 3M. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan beliau masih tidak menguasai 3M. Anak yang baik, sopan santun. Namun banyak terganggu pelajarannya. Pada awalnya beliau menghadapi masalah kehadiran ke sekolah. Hampir setiap minggu tidak hadir akibat tiada kenderaan untuk ibunya hantar ke sekolah . Sukar untuk guru beri pemulihan kepadanya. 

Setelah dibincangkan bersama, beliau disarankan untuk tinggal di asrama. Maka guru-guru cuba membantu sama ada 3M atau Riadul Quran dengan bacaan Iqra'. Alhamdulillah, kini Asraf semakin bersemangat, mula lancar membaca. Namun yang masih kurang ialah penulisan atau ejaannya. Kami cuba bantu sedaya upaya. 

Asraf juga kini mula aktifkan diri. Antaranya aktif dalam Tarian sekolah, Kelab permainan, unit uniform dan kelab Tanaman di sekolah. Semoga Asraf semakin hebat 



Selasa, 15 Ogos 2023

Saya Pandai 3M : Adik Amin


 Amin merupa seorang murid Tahun 5 yang masih kita usahakan bagi mencapai 3M. Beliau merupakan murid baru SKUL yang baru berpindah dari Kedah. 

Setelah dikenalpasti, cikgu pemulihan cuba sedaya upaya untuk membantu. Sememangnya pelajaran beliau terganggu akibat masalah 3M. Namun setelah diberi pemulihan khas dan intervensi, Amin semakin lancar dan aktif