Terima kasih kerana melayari Laman Serlah Membaca. Selamat datang, selamat mengguna.



Jumaat, 30 Jun 2017

Pengajaran Guru : Membaca



Cikgu Wan membantu pembacaan murid menggunakan Modul serlah Membaca

Modul dan dan Telefon Pintar




Penggunaan Buku Modul Serlah Membaca dan telefon pintar membantu meningkatkan minat membaca dalam kalangan pelajar pemulihan khas. Guru perlu menyediakan bahan untuk murid bagi memberi ransangan kepada mereka.

Penggunaan aplikasi membaca dalam telefon pintar

Sebagai pengayaan setelah selesai belajar kemahiran membaca, murid diberi telefon tab atau telefon pintar sebagai satu dorongan kepada murid yang berjaya membaca lancar. Murid diperkenalkan dengan aplikasi dari ‘Google Play’ iaitu berkaitan dengan pembelajaran membaca. Aplikasi ini seperti ‘ebook’ dan menarik minat murid. Antara aplikasi yang digunakan ialah seperti jadual di bawah; 

Aplikasi yang digunakan dalam telefon pintar.
BIL
APLIKASI
LABEL
PAUTAN APLIKASI
1
Didik Manja : Belajar Membaca
2
Belajar Membaca ‘Lite

Antara aplikasi belajar membaca yang boleh dimuat turun menggunakan telefon.


Program Serlah Membaca : Meningkatkan prestasi pembacaan muridKelas Pemulihan Khas SK Kertau





Kelas Pemulihan Khas SK Kertau

Program Serlah Membaca ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pembacaan pelajar terutama pelajar yang terlibat dengan Pemulihan Khas. Murid yang terlibat adalah seramai sembilan orang dan keseluruhannya adalah murid Kaum Asli. Program ini seterusnya dikembangkan kepada semua pelajar terutama pelajar Prasekolah, LINUS Tahun 1 dan murid yang masih kurang lancar membaca.
     
     Program ini melibatkan beberapa aktiviti seperti pembacaan modul Serlah Membaca, pembelajaran menggunakan Laman blog Serlah Membaca, pembacaan menggunakan telefon pintar dan sebagainya. Projek ini berfokus kepada aktiviti kemahiran awal pembacaan yang melibatkan murid di kelas Pemulihan Khas yang keciciran dalam pengajaran dan pembelajaran di arus perdana. Data yang dikutip memaparkan permaslahan yang berlaku dan usaha untuk menyelesaikannya dilaksanakan mengikut apa yang dirancang.

     Kejayaan program ini bergantung kepada komitmen guru dan pelajar. Kejayaan melepasi Konstruk 12 bagi penilaian LINUS dan ujian yang dilaksanakan, membuktikan program ini penting dan perlu diteruskan. Mengurangkan masalah keciciran mata pelajaran dan murid dapat membaca secara lancar dan memahami apa yang dibaca, merupakan objektif utama program ini. Cadangan pada masa akan datang ialah melaksanakan program serlah Membaca ini lebih awal iaitu berfokus kepada murid Prasekolah, Tahun 1 dan Pemulihan Khas. Semoga usaha yang dilaksanakan memberi impak positif kepada prestasi dan kecemerlangan sekolah.