Terima kasih kerana melayari Laman Serlah Membaca. Selamat datang, selamat mengguna.



Sabtu, 18 Mac 2017

Program Serlah Membaca di SK Sentosa, Maran

Program yang diberi nama Serlah Membaca ini baru diperkenalkan pada tahun 2015 di SK Sentosa. Idea program ini dicetuskan oleh Guru Pemulihan Khas SK Sentosa, iaitu Puan Wahidah binti Abdul Wahid. Ianya disambut dengan baik apabila Guru Besar baru SK Sentosa, Encik Fuzil bin Nawawi mula berkhidmat di SK Sentosa pada Januari 2016. Guru Besar telah meminta diselaraskan kembali Pemulihan Khas dengan melaksanakan program Serlah Membaca dengan bantuan guru-guru Panitia  Bahasa Melayu. Walaupun Guru pemulihan Khas terlibat sepenuhnya, peranan guru-guru lain terutama Panitia Bahasa Melayu turut terlibat membantu penerapan kaedah Serlah Membaca.

Pada awal perlaksanaannya, kaedah Serlah Membaca ini mendapat respon yang kurang baik daripada guru-guru, namun akhirnya ia memberi kesan yang baik setelah murid yang terlibat pemulihan khas telah berjaya membaca dengan lancar sebelum memasuki Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6). Perkembangan mereka agak cepat daripada biasa.







 Pada pertengahan tahun, guru pemulihan khas akan menerima murid-murid baru bagi Kelas Pemulihan Khas. Mereka dicalonkan masuk ke Kelas Pemulihan Khas melalui guru mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 1, berdasarkan Ujian Literasi LINUS yang dijalankan pada bulan Jun setiap tahun. Ini kerana murid ini gagal membaca dengan lancar, tidak faham apa yang dibaca dan tidak dapat dipulihkan di dalam kelas arus perdana.

Program Serlah Membaca menjadi nadi kepada pemulihan murid-murid ini. Ketidaklancaran bacaan mereka dikenalpasti bahawa murid suka mengeja perkataan sebelum menyebut perkataan. Ini adalah kerana murid seperti ini telah terbiasa dengan kaedah abjad iaitu kaedah yang telah lama diamalkan oleh guru-guru. Pendekatan kaedah bacaan sebelum ini dijalankan seperti Jadual 11 di bawah:

Jadual 1 : Langkah atau kaedah bacaan biasa diamalkan
Langkah 1
Memperkenalkan keseluruhan huruf abjad mengikut urutan a hingga z
Langkah 2
Memperkenalkan vokal a,e,I, o, u beserta bunyi bagi setiap vokal tersebut.
Langkah 3
Membina suku kata iaitu menggabungkan huruf konsonan dengan huruf vokal
Ba, bi, bu, be, be, bo
Ca, ci, cu, ce, ce, co
Langkah 4
Menggabungkan sukukata untuk membina perkataan yang mudah-mudah dari dua atau tiga suku kata.
Ba + ju = baju
Pa + su = pasu
Biasanya murid akan membaca dengan mengeja dan membunyikan sukukata sebelum menyebut seluruh perkataan.
Langkah 5
Membaca ayat pendek atau buku teks sering dilakukan secara mengeja.

Melalui kaedah biasa, terdapat beberapa kelemahan yang mungkin timbul kepada murid seperti;
a)      Rentetan abjad (a,b, c, d, ………..z) mengelirukan. Contohnya b dan d berdekatan bunyi dan bentuknya seakan-akan serupa.
b)      Murid hilang minat sebab tumpuan hanya kepada abjad.
c)      Fahaman langsung tidak dihiraukan kerana mementingkan ejaan dan sebutan.

Untuk penambahbaikan kaedah pengajaran tersebut, SK Sentosa telah memilih untuk memfokuskan pengajaran melalui kaedah Serlah Membaca. Melalui kaedah ini, murid diajar langkah demi langkah. Pengajaran bermula dengan membunyikan huruf dan menggabungkan huruf menjadi sukukata dan perkataan. Perkataan tersebut disusun pula menjadi ayat-ayat pendek yang membentuk cerita mudah yang menarik perasaan ingin tahu, dan seterusnya menarik minat mereka memahami cerita tersebut.

Murid yang masuk ke Kelas Pemulihan Khas biasanya mengalami keciciran dalam pelajaran akibat ketidaklancaran membaca yang dialami mereka. Akibatnya mereka menjadi malas, tidak berminat untuk membaca dan menyiapkan kerja yang diberikan oleh guru. Mereka juga mungkin mempunyai masalah pengganggu seperti lembam, sindrom atau masalah kesihatan yang memerlukan perhatian lebih. Mereka lebih suka bermain daripada tumpuan terhadap pembelajaran di kelas. Perkara ini amatlah merugikan mereka dan perlu ditangani segera sebelum terlambat.

Murid yang kelambatan membaca ini, biasanya mengalami masalah kefahaman. Mereka tidak memahami apa yang dibaca kerana tumpuan perlu diberikan lebih kepada ejaan dalam bacaan sehingga tidak sempat memikirkan makna perkataan yang dibaca. Ini merugikan kerana jika mereka tidak lancer membaca, mereka tidak tahu apa yang dibaca.

Untuk membantu mereka, murid perlu dilatih membunyikan sukukata tanpa mengeja perkataan. Oleh itu, suatu kaedah yang dinamakan Serlah Membaca diperkenalkan. Kaedah ini  menggunakan kaedah gabungan bunyi kata yang asasnya diperkenalkan oleh Profesor Ishak Harun. Proses penggunaan kaedah Serlah Membaca adalah seperti Jadual 12 di bawah;
Jadual 2 : Langkah atau Kaedah Serlah Membaca.
BIL
PROSES
PERKARA
TINDAKAN
1.
Merancang (plan)
Menggalakkan pelajar menyebut perkataan tanpa mengeja perkataan tersebut.
Lingkaran 1
2.
Bertindak (act)
Memberikan pelbagai perkataan KVKV dan melatih tubi sebutan dalam bentuk bacaan intensif
3.
Merefleksi (reflek)
Menilai keupayaan pelajar menyebut perkataan-perkataan dalam cerita dan merekod mengikut masa yang ditetapkan
4.
Mengubah Rancangan
Apabila murid masih tidak lancar membaca, maka perlu mengubah strategi iaitu mengubah latih tubi bacaan kepada bentuk permainan.
Lingkaran 2
5.
Bertindak
Murid akan diberikan cantuman perkataan. Jalankan latih tubi semula dengan membaca secara bergilir-gilir.
6.
Memerhati
Rekod masa bacaan murid dan bandingkan dengan yang direkodkan pada kali pertama.
7.
Merefleksi
Murid lancar membaca dan faham apa yang dibaca


Dengan kaedah Serlah Membaca, ia mempercepatkan lagi cara membaca perkataan KVKV bagi murid Pemulihan Khas. Apabila murid mampu membaca tanpa mengeja, maka kemampuan ini akan menarik minat mereka untuk membaca lebih banyak bahan bacaan lain. Latih tubi yang dijalankan akan membantu mempercepatkan bacaan mereka seterusnya memahami apa yang dibaca. 

Tiada ulasan:

Catat Komen