Jumaat, 30 Jun 2017
Modul dan dan Telefon Pintar
Penggunaan Buku Modul Serlah Membaca dan telefon pintar membantu meningkatkan minat membaca dalam kalangan pelajar pemulihan khas. Guru perlu menyediakan bahan untuk murid bagi memberi ransangan kepada mereka.
Penggunaan aplikasi membaca dalam telefon pintar
Sebagai
pengayaan setelah selesai belajar kemahiran membaca, murid diberi telefon tab
atau telefon pintar sebagai satu dorongan kepada murid yang berjaya membaca
lancar. Murid diperkenalkan dengan aplikasi dari ‘Google Play’ iaitu berkaitan dengan pembelajaran membaca. Aplikasi
ini seperti ‘ebook’ dan menarik minat
murid. Antara aplikasi yang digunakan ialah seperti jadual di bawah;
Aplikasi yang digunakan dalam telefon pintar.
BIL
|
APLIKASI
|
LABEL
|
PAUTAN
APLIKASI
|
1
|
Didik
Manja : Belajar Membaca
|
||
2
|
Belajar
Membaca ‘Lite’
|
Antara aplikasi belajar membaca yang boleh dimuat turun menggunakan telefon. |
Program Serlah Membaca : Meningkatkan prestasi pembacaan muridKelas Pemulihan Khas SK Kertau
Kelas Pemulihan Khas SK Kertau |
Program Serlah Membaca ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pembacaan pelajar terutama pelajar yang terlibat dengan Pemulihan Khas. Murid yang terlibat adalah seramai sembilan orang dan keseluruhannya adalah murid Kaum Asli. Program ini seterusnya dikembangkan kepada semua pelajar terutama pelajar Prasekolah, LINUS Tahun 1 dan murid yang masih kurang lancar membaca.
Program ini melibatkan beberapa
aktiviti seperti pembacaan modul Serlah Membaca, pembelajaran menggunakan Laman
blog Serlah Membaca, pembacaan menggunakan telefon pintar dan sebagainya.
Projek ini berfokus kepada aktiviti kemahiran awal pembacaan yang melibatkan
murid di kelas Pemulihan Khas yang keciciran dalam pengajaran dan pembelajaran
di arus perdana. Data yang dikutip memaparkan permaslahan yang berlaku dan
usaha untuk menyelesaikannya dilaksanakan mengikut apa yang dirancang.
Kejayaan
program ini bergantung kepada komitmen guru dan pelajar. Kejayaan melepasi
Konstruk 12 bagi penilaian LINUS dan ujian yang dilaksanakan, membuktikan
program ini penting dan perlu diteruskan. Mengurangkan masalah keciciran mata
pelajaran dan murid dapat membaca secara lancar dan memahami apa yang dibaca,
merupakan objektif utama program ini. Cadangan pada masa akan datang ialah melaksanakan
program serlah Membaca ini lebih awal iaitu berfokus kepada murid Prasekolah,
Tahun 1 dan Pemulihan Khas. Semoga usaha yang dilaksanakan memberi impak
positif kepada prestasi dan kecemerlangan sekolah.